4/17/2021 0 Comments Buku Teks Sejarah Form 1
Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.Pelajar boleh memuat turun buku-buku teks mereka dalam bentuk PDF.Malah masa yang diluangkan oleh guru-guru dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dapat dijimatkan.
Ia merupakan format buku elektronik yang sangat ringan dan diterima oleh kebanyakan platform peranti. Dianggarkan saiz bagi sebuah saiz e-pub berbanding format PDF ialah sebanyak 10 kali ganda lebih ringan. Kandungan bercetaknya akan kekal statik sehinggalah ia rosak, dilupus dan diganti dengan edisi buku teks yang baru yang lain. Daripada masa ke semasa bahagian kurikulum pendidikan juga masih boleh mengemaskini capaian-capaian yang ada dengan maklumat baru secara langsung. Jika ada kesilapan fakta pada buku teks, ia juga boleh diperbaiki serta-merta bukan perlu cetak dan cetak lagi. Untuk menyesuaikan teknik pembelajaran abad ke-21 yang berkesan, pihak kementerian juga harus mengambil kira maklumat ini dan PP haruslah diseimbangkan dengan keperluan zaman terkini. Cara penyusunan bab dan capai-capaian tambahan boleh diubah secara fleksibel kepada pelajar yang laju ke hadapan manakala pelajar-pelajar yang minat pembelajaran cara visual, mereka boleh memperoleh buku-buku teks elektornik yang disesuaikan dengan capaian-capaian visual atau audio. Setiap buku elektornik tertakluk kepada Digital Rights Management (DRM). Melalui DRM, setiap buku harus dibaca dalam platform baca (reader) masing-masing dan sudah tentu tidak boleh disalin semula ke peranti lain kecuali dibenarkan oleh pemilik hak cipta kontens. Memandangkan ciri-ciri buku teks elektronik yang boleh dimuat turun, ia bermakna capaian internet hanya diperlukan hanya sekali saja (ketika muat turun). Guru-guru akan berasa lega kerana mereka juga bakal dibebaskan daripada terbeban dengan banyak masa yang tidak berkaitan. Memandangkan ia bukan roket sains, tidak ada sebab lagi untuk kita bertangguh-tangguh dalam meninggalkan penerbitan buku teks bercetak yang mahal serta tidak fleksibel. Dalam konteks penggunaan buku teks digital dalam pengajaran di sekolah, guru atau pendidik adalah pihak yang memainkan peranan penting untuk menjayakan dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan. Melalui transformasi ini guru dapat melahirkan insan yang cerdas dari semua aspek demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |